Pengguna Internet wajar mendaftar

May 22nd, 2008

KUALA LUMPUR 21 Mei – Setiap pengguna Internet wajar mendaftar identiti diri mereka sebelum dibenarkan menggunakan rangkaian itu,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif MOL Access Portal, Ganesh Kumar Bangah.

Beliau berkata, langkah itu demi keselamatan, keyakinan dan melindungi semua pengguna Internet dan orang ramai.

‘‘Keterbukaan dan demokrasi di Internet masa ini boleh menjadi ancaman terutamanya kepada aspek sosial dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, justeru, ia perlu dikawal,’’ katanya.

Read the rest of this entry »

Google: Pasaran Malaysia penting

May 22nd, 2008

KUALA LUMPUR 21 Mei - Google Inc. (Google), syarikat enjin carian Internet terbesar di dunia menyifatkan pasaran Malaysia semakin penting kerana negara ini merupakan pengguna kemudahannya yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Sehubungan itu, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Internet Google, Vinton G.Cerf berkata, pihaknya masih mencari peluang dan masa terbaik untuk meluaskan penguasaan pasaran berkenaan.

Katanya, bagi merealisasikan cadangan berkenaan, Google sedang membuat kajian tentang pasaran negara ini termasuk faktor bahasa, budaya dan gaya hidup serta tabiat pengguna tempatan melayari Internet tempatan.

Read the rest of this entry »

Internet lebih pantas - * Komunikasi cepat berkali ganda * Impak besar kepada rakyat

May 16th, 2008

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pengguna Internet di negara ini bakal menikmati kemudahan lebih pantas berkali ganda, setanding dengan komuniti maya negara-negara maju melalui projek pembangunan infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh kerajaan hari ini.

Kemudahan baru itu bakal melonjakkan Malaysia ke tahap dunia siber seperti di Hong Kong, Korea dan Singapura yang memberi impak besar kepada sosioekonomi rakyat.

Ia umpama pembukaan sebuah lebuh raya yang akan memudahkan pelbagai aplikasi dimanfaatkan sepenuhnya seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran dan TV dengan Protokol Internet (IPTV).

Melalui kemudahan itu, orang ramai akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan secara dalam talian.

Read the rest of this entry »

MacBook Air Hacked In Two Minutes

March 29th, 2008

Security researchers from Independent Security Evaluators managed to hack a MacBook Air using a zero-day vulnerability in Apple’s Safari 3.1 Web browser.

By Thomas Claburn, InformationWeek
March 28, 2008
URL: http://www.informationweek.com/story/showArticle.jhtml?articleID=207000434

Mac OS X’s reputation for security was tarnished Thursday when a team of researchers from Independent Security Evaluators (ISE) managed to hack a MacBook Air in two minutes using a zero-day vulnerability in Apple’s Safari 3.1 Web browser.

Read the rest of this entry »

Telefon bimbit tidak sebabkan kanser otak

February 7th, 2008

Telefon bimbit tidak sebabkan kanser otak

LONDON 6 Feb. _ Sekumpulan saintis dari Jepun mendapati penggunaan telefon bimbit tidak menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan kanser otak seperti yang didakwa sebelum ini.

Saintis dari Universiti Perubatan Wanita Tokyo itu menjalankan kajian penggunaan telefon bimbit di kalangan 322 pesakit kanser dan 683 pengguna yang sihat.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kanser Britain itu mendapati, penggunaan telefon bimbit secara kerap tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan kanser otak.

Selain itu, kumpulan penyelidik turut menjalankan kajian mengenai sinar radiasi daripada pelbagai jenis telefon bimbit bagi mengenal pasti kemungkinan penggunaannya memberi kesan kepada bahagian otak yang berbeza.

“Dengan menggunakan kaedah dan teknik terbaru yang kami bangunkan, didapati tiada kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan kanser, sekali gus membuktikan telefon bimbit tidak menyebabkan kanser otak,” kata ketua kumpulan berkenaan, Naohito Yamaguchi. - Reuters

Petikan daripada : http://www.utusan.com.my/