iPod Apple dikesan bawa RavMonE.exe
PEMAIN muzik digital iPod, Apple Computer Inc (Apple) yang dikeluarkan untuk pasaran beberapa bulan lalu dikatakan membawa virus komputer.
Mengikut maklumat yang dimuatkan dalam laman web teknikal Apple, menyebut sejak 12 September lalu, kurang satu peratus video iPod, dikatakan membawa membawa virus RavMonE.exe.Virus ini menyerang komputer yang menggunakan sistem operasi (OS) Windows Microsoft.
Syarikat itu berkata, sehingga kini pihaknya sudah menerima 25 laporan mengenai masalah itu. Namun begitu, serangan itu tidak membabitkan iPod nano, iPod Shuffle dan Mac OS X.
Bagaimanapun, jurucakap Apple tidak ingin menamakan syarikat yang diberikan kontrak untuk mengeluarkan produk itu atau berapa banyak iPod terbabit.
Apple berkata, virus boleh dikesan dan dibuang menggunakan program perisian antivirus popular.
“Microsoft dan Apple bersama berkongsi kesalahan itu kerana menghantar virus itu,” katanya.
Dalam laman web itu, Apple melahirkan kecewa dengan Windows kerana tidak bekerja keras menangani masalah seperti virus itu.
“Malahan, Apple juga kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak berusaha mengatasi masalah itu,” katanya.
Dalam kenyataan balasnya, Microsoft berkata virus itu tidak muncul hanya untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan Windows.
“Kami menggalakkan vendor pihak ketiga supaya mengikuti tahap penggunaan yang terbaik dan membantu melindungi pengguna, walaupun pada platform berlainan secara berhati-hati mengimbas perisian yang dihantar.
“Kaedah ini tidak akan mendedahkan pelanggan kepada risiko yang tidak diperlukan terutama perisian merbahaya,” katanya.