Jumlah ruang swap untuk RedHat linux

Jika anda ada masalah untuk menentukan jumlah ruang fail swap, sila ikuti tips - tips ini :

* Jika anda ada 8 MB RAM dan 12 MB fail swap, ini bermakna anda telah mempunyai sejumlah 20 MB memori maya ( virtual
memory ).

* Semasa menentukan jumlah saiz fail swap, anda sepatutnya ada sekurang - kurangnya 16 MB memori maya. Oleh sebab
itu :

4 MB RAM memerlukan sekurang - kurangnya 12 MB fail swap.
8 MB RAM memerlukan sekurang - kurangnya 8 MB fail swap.

* Dalam Linux, sebuah ‘partition’ swap tidak boleh melebihi daripada 128 MB. Ini bermakna, sesebuah ‘partition’ swap boleh melebihi 128 MB, tapi hanya akan membazir sahaja, kerana ruang yang selebihnya itu tidak akan digunakan :) .

* Perlu diingat semasa anda menentukan ruang swap, ruangan untuk swap yang terlalu banyak mungkin tidak akan berguna langsung. Setiap proses telah mempunyai ‘working set’ masing - masing.

Oleh sebab itu, jika komputer dengan 16 MB RAM, ruang swap adalah tidak diperlukan untuk konfigurasi minimal. Dan komputer dengan RAM melebihi 48 MB, kemungkinan ruangan swap adalah tidak diperlukan langsung. Jumlah sebenar memori yang diperlukan bergantung kepada aplikasi - aplikasi di dalam komputer yang anda gunakan :) .

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.