Archive for December, 2006

Telefon bimbit hibrid O2

Saturday, December 2nd, 2006

O2 terus memperkukuhkan kedudukannya menerusi pengenalan inovasi teknologi tinggi PDA berkuasa tinggi dan ciri penuh telefon bimbit melalui pelancaran Xda Stealth, baru-baru ini.

Tanpa menghilangkan gaya penggunaan telefon bimbit biasa, Xda Stealth yang menggabungkan manfaat PDA merupakan peranti pertama dibangunkan oleh O2 dalam kategori dikenali sebagai `hybrid’.

Ini merupakan yang pertama seumpamanya daripada O2 yang menggabungkan kefungsian terbaik dan kepekaan berbeza daripada sebuah landasan mudah alih untuk pelanggan yang memerlukannya tetapi belum pernah merasakannya daripada sebuah telefon PDA, telefon pintar atau telefon bimbit biasa.

Sebuah PDA yang amat bergaya, Xda Stealth dibangunkan dengan keupayaan berbilang tugas , menawarkan ciri mudah guna sebagai sebuah telefon bimbit dengan fungsi sebuah peranti PDA.

Sebelum ini, O2 pernah melancarkan produk perdananya Xda Atom berasaskan platform rekaan eksklusif pada akhir tahun lalu seterusnya edisi terhad Xda Atom Pure dan produk bertenaga Xda Atom Exec.

Pelancaran Xda Stealth meneruskan kecemerlangan jenama O2, meluaskan strateginya dalam membina jurang dengan pesaing yang lain.

Spesifikasi utama:

- Berat hanya 140 gram.

- Mudah mencapai aplikasi MSN, SMS dan e-mel menggunakan pad kekunci gelungsor 12 kekunci alphanumerik.

- Fungsi eZiText intuitif yang memudahkan skrin peka sentuhan menerusi pad kekunci alphanumeric maya.

- Dikuasai cip pemproses Intel Xscale PXA 272 berkelajuan 416MHz.

- Memoris Flash ROM 192MB.

- Sistem operasi Windows Mobile 5.0 dengan pek khas aplikasi `Messaging’ dan `Security Feature Pack’.

- Dilengkapi edisi terkini program Microsoft Office untuk Windows Mobile termasuk Pocket Outlook, Word Mobile, Excel Mobile dan Power Point Viewer.

- Penyambungan berkabel ActiveSync.

- Dijual pada harga RM2,288 termasuk jaminan tempatan setahun.

Petikan daripada : http://www.utusan.com.my/

‘black screen’ lagi dengan ATi Radeon 9250

Saturday, December 2nd, 2006

‘black screen’ pasang TV output guna Radeon 9250

Saturday, December 2nd, 2006