Archive for December, 2006

SNAPTOONS pelawa kemukakan idea hasil kreatif

Wednesday, December 13th, 2006

Dengan komitmen untuk memupuk bakat kreatif tempatan ke tahap yang baru, Cartoon Network telah mengumumkan satu inisiatif unik pan-Asia bertajuk SNAPTOONS (Short New Asia Pacific Cartoons).

Dengan adanya inisiatif untuk pembangunan kandungan yang asli, SNAPTOONS mempunyai matlamat untuk menghubungkan Cartoon Network dengan bakat kreatif baru merentasi pasaran utamanya di Asia.

Melalui inisiatif tersebut, Network bercadang untuk melabur di dalam pembiayaan, sokongan dan pembangunan satu idea baru, asli dan menakjubkan yang menyokong baik penggunaan animasi, yang disasarkan kepada kanak-kanak dan mempunyai tarikan sejagat atau serantau.

Sebagai sebahagian daripada program berkenaan, Cartoon Network mempelawa orang ramai sama ada pemuisi, artis, amatur, profesional, pelajar, juru animasi individu, studio animasi, untuk menghantar hasil kreatif mereka.

Idea berkenaan diharap menjadi satu sensasi besar masa hadapan seperti The Powerpuff Girls, Dexter’s Laboratory, Johnny Bravo, dan sebagainya di Cartoon Network.

Daripada jumlah keseluruhan hasil kreatif yang diterima, sepuluh akan diberi lampu hijau dan masing-masing akan dibangunkan kepada episod perintis penuh.

Sepuluh yang terpilih seterusnya akan diberi tayangan perdana dunia secara eksklusif dalam Cartoon Network merentasi saluran Asia Pasifik.

Ketika mengumumkan pelancaran SNAPTOONS, Timbalan Presiden, Kandungan Kreatif dan Asli, Perkhidmatan Kreatif, Turner Entertainment Networks Asia, Inc (TENA), Orion Ross berkata, sebagai salah sebuah peneraju bagi televisyen kanak-kanak di rantau Asia-Pasifik, menjadi tanggungjawab pihaknya untuk menyediakan platform bagi bakat tempatan untuk mengambil tempat yang sah di atas pentas animasi global.

“SNAPTOONS merupakan inisiatif serius dan berterusan yang dibentuk untuk menghubungkan, menemui dan memupuk kecemerlangan yang wujud di seluruh Asia dan akan memaparkan potensi besar yang terdapat di rantau ini,’’ ujarnya.

Inisiatif tersebut akan mengikat perhubungan antara bakat tersebut dan infrastruktur produksi global meluas Cartoon Network bagi membantu membangunkan generasi masa hadapan dengan animasi menakjubkan.

Kata Ross, pendekatan ini telah menempa kejayaan besar di tahap global; ikon kartun seperti The Powerpuff Girls, Courage the Cowardly Dog, dan banyak lagi, telah dihasilkan melalui program yang sama.

Peraduan tersebut terbuka kepada orang ramai yang mempunyai inspirasi dan daya cipta berumur 18 tahun ke atas di seluruh Asia-Pasifik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program tersebut, mereka yang berminat boleh melayari laman web SNAPTOONS di www.snaptoons.org.

Pelawaan bagi bagi menghantar hasil kreatif bermula 16 Oktober lalu hingga 31 Disember ini.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web SNAPTOONS.

Berita daripada : http://www.utusan.com.my/

Measat-3 berjaya masuki orbit

Wednesday, December 13th, 2006

MOSCOW 12 Dis. – Selepas sembilan jam dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, satelit Asia Timur Malaysia yang ketiga atau Measat-3 bernilai RM1 bilion berjaya memasuki orbit seperti yang dijadualkan petang ini.

Berita mengenai kejayaan itu diumumkan oleh Presiden International Launch Services (ILS), Frank McKenna sejurus rombongan kira-kira 50 orang jemputan dan wakil media dari Malaysia tiba di Lapangan Terbang Vnukovo di sini petang ini.

Sebelum itu, masing-masing menunggu penuh debaran sama ada pelancaran itu mampu mengikut jadual setiap peringkat pemisahan roket berkenaan yang mengambil masa 9 jam 12 minit 10 saat.

ILS atau perkhidmatan pelancaran antarabangsa bertanggungjawab terhadap pelancaran Measat-3 yang turut melibatkan kos insurans sebanyak AS$32 juta. Ini merupakan tanggungjawab pertama melancarkan satelit bagi pihak Malaysia dan yang ke-39 sejak beroperasi pada 1995.

Sebelum itu delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berada di Baikonur awal pagi ini bagi menyaksikan pelancaran roket Proton Breeze M yang membawa Measat-3.

Baikonur adalah tapak pelancaran yang digunakan oleh angkasawan Rusia, Yuri Gagarin pada 1961 untuk menjadi manusia pertama sampai ke angkasa lepas.

Pelancaran Measat-3 dilakukan mengikut jadual pada pukul 5.28 pagi (7.28 pagi waktu Malaysia) dalam cuaca sejuk di bawah suhu beku yang disiarkan secara langsung oleh Astro, pengendali stesen televisyen satelit berbayar Malaysia yang juga pengguna utama siri Measat, RTM2 selain menerusi laman web ILS.

Sebaik saja roket Breeze M meluncur ke angkasa, anggota delegasi Malaysia bersorak gembira walaupun mereka berada di dek terbuka Kelab Proton dalam keadaan suhu mencecah di bawah 17 darjah Celsius.

Walaupun berada dalam kedudukan 8 kilometer daripada roket itu dilancarkan, rombongan Malaysia dapat melihat dengan jelas kerana cuaca yang cerah.

Dan seperti dijangka, perjalanan roket yang membawa satelit itu mengambil masa sembilan jam dan 12 minit sejauh lebih 36,000 kilometer dari bumi sebelum memasuki orbit pada pukul 2.40 petang (4.40 petang waktu Malaysia).

“Segalanya mengikut jadual dan ILS berbangga misi ini akhirnya berjaya,” kata McKenna sambil menerima ucapan tahniah daripada rombongan Malaysia dan rakan-rakan ILS.

Di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyaksikan siaran langsung pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Dr. Jamaludin turut menghubungi Najib bagi memaklumkan perjalanan pelancaran itu.

Measat-3 yang mempunyai jangka hayat selama 15 tahun akan mengambil alih peranan Measat-1 dan Measat-2 yang sudah menghampiri tempoh jangka hayatnya iaitu 12 tahun sejak dilancarkan di Pusat Angkasa Guiana (CSG) Arianespace di Kouru, French Guiana pada 13 Januari 1996 dan 13 November 1996.

Dibina oleh Boeing Satellite Systems Inc di Los Angeles, Amerika Syarikat, satelit itu akan meluaskan capaian liputannya ke lebih 100 negara yang mewakili lebih 70 peratus daripada jumlah penduduk dunia.

Berbanding dengan keupayaan Measat-1 dan Measat-2 yang membawa 12 transponder jalur C, Measat-3 menyediakan transponder berkuasa tinggi 24 jalur C dan 24 ‘jalur-Ku’ dengan setiap jalur menyediakan 36 mhz jalur lebar.

Aplikasi

Jalur C Measat-3 akan menyediakan perkhidmatan di Asia, Australia,Asia Barat, Eropah Timur dan Afrika manakala ‘jalur -Ku’ pula dicipta untuk menyediakan opsyen perkhidmatan berkuasa tinggi dan fleksibel bagi pembangunan aplikasi terus ke rumah seperti televisyen satelit di Malaysia, Indonesia dan Asia Selatan.

Sementara itu, turut menyaksikan pelancaran bersejarah itu ialah Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Mohamad Khalis Ali Hassan, Duta Besar Malaysia di Kazakhstan Datuk Than Tai Hing, Pengerusi Telekom Malaysia dan Celcom, Tan Sri Muhammad Radzi Mansor, Pengerusi Maxis, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor dan Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdul Raman Abdul Hamid.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Penyiaran Indonesia, Sutino Sinansari Ecip, Pengarah Astro Indonesia, Riza Primadi, Pengarah Measat merangkap Timbalan Pengerusi Eksekutif Astro, Ralph Marshall.

Dan lebih menarik, pelancaran itu turut disaksikan oleh dua pemenang pertandingan lukisan dan karangan Astro Ceria iaitu Izzah Azreena Azizan, 15, dan Tan Kai Xin, 10.

Dua finalis calon angkasawan negara, Kapten Muhammed Faez Kamaludin dan S.Vanajah turut sama menyaksikannya.

Berita daripada : http://www.utusan.com.my/

Jalur lebar di mana kedudukan kita ketika ini?

Wednesday, December 13th, 2006

PELAN Jalur Lebar Nasional (NBP) yang diperkenalkan pada akhir tahun 2004 antara lain bertujuan untuk meningkatkan penyediaan infrastruktur Internet berkapasiti tinggi di negara ini.

Tumpuan utama pelan tersebut adalah untuk mewujudkan paras kritikal dengan kadar isi rumah yang mempunyai jalur lebar sebanyak 23 peratus pada tahun ini dan sebanyak 50 peratus pada 2008.

Kementerian yang bertanggungjawab terhadap pelan pembangunan jalur lebar itu, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), mengakui bahawa sehingga akhir tahun 2005 kadar penembusan jalur lebar isi rumah adalah sebanyak 8.5 peratus.

KTAK selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap penggunaan perkhidmatan jalur lebar yang lebih meluas sentiasa berusaha untuk menggalakkan penggunaan teknologi itu menerusi penyediaan pakej inovatif dan tarif yang kompetitif.

Kekurangan

Teknologi inovatif atau jalur lebar tanpa wayar dan jalur lebar atas talian elektrik yang dapat menyediakan sambungan alternatif untuk perniagaan dan kawasan kediaman yang kekurangan talian telefon akan dipertimbangkan.

Menurut KTAK, nisbah langganan telefon selular dalam negara dijangka meningkat kepada 85 orang bagi setiap 100 penduduk pada 2010 berbanding 74.1 tahun lalu yang dirangsang oleh faktor kemampuan dan perubahan gaya hidup.

Bagi meningkatkan liputan komunikasi mudah alih dan saling boleh kendali, rangkaian infrastruktur Generasi Ketiga (3G) akan diperluaskan secara berperingkat dari segi kesediaan perkhidmatan, liputan dan aplikasi yang inovatif serta berkualiti.

Di bawah pelan itu juga, KTAK berusaha untuk memberi tumpuan kepada dua inisiatif utama iaitu penglibatan kerajaan bagi menghubungkan komuniti terpilih untuk menggalakkan permintaan Internet dan kedua adalah penglibatan sektor swasta bagi menawarkan perkhidmatan Internet.

Bagi mengukuhkan dua usaha itu antara tindakan yang sedang diambil oleh kementerian ialah dengan meminda Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

Dengan pindaan itu ia membolehkan penyediaan infrastruktur jalur lebar dibiayai oleh dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat.

Melalui pindaan itu juga penyediaan infrastruktur jalur lebar di kawasan luar bandar akan dapat dilaksanakan dengan segera.

Tetapi itu hanya indah khabar dari rupa, kerana hasrat KTAK untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di negara ini dilihat tidak tercapai akibat kegagalan pemegang lesen sambungan akhir membantu kerajaan merealisasikan hasrat itu.

Pada 25 Ogos lalu menteri yang bertanggungjawab terhadap KTAK telah memberi amaran untuk menarik balik lesen daripada pemegang lesen sambungan akhir yang dilihat gagal untuk membantu meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, kini terdapat 12 syarikat yang dianugerahkan lesen sambungan akhir tiga tahun lalu tetapi ada antara mereka gagal membantu kerajaan mencapai objektif yang dirancang.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diberi tanggungjawab untuk mengkaji semula semua pencapaian pemegang lesen itu dan kementerian akan membuat keputusan selepas dicadangkan oleh SKMM.

Persoalannya kini, kenapa di saat-saat negara sedang menuju pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), masih ada syarikat-syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan misi nasional itu gagal merealisasikan hasrat murni kerajaan itu.

Menurut Keng Yaik, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia tidak boleh semata-mata hanya bergantung kepada Telekom Malaysia untuk sambungan akhir (last mile) di seluruh pelosok negara dan disebabkan faktor itu maka kerajaan memutuskan untuk memberi lesen kepada syarikat lain.

Katanya, ketika lesen dikeluarkan begitu banyak syarikat yang memohon dengan disertakan pelan perniagaan cukup baik, tetapi selepas beberapa tahun diberikan lesen mereka gagal memenuhi syarat lesen.

Disebabkan kegagalan memenuhi syarat yang diberikan maka kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemegang lesen yang gagal mematuhi syarat kerana telah terbukti pemegang lesen gagal membantu usaha dan perancangan kementerian selama ini.

Ini kerana KTAK telah menetapkan bahawa perkhidmatan jalur lebar itu disasarkan 13 peratus daripada jumlah penduduk pada tahun 2010 berbanding 1.9 peratus pada masa kini.

Kegagalan sokongan dari syarikat swasta untuk merealisasikan hasrat itu akan merosakkan perancangan kerajaan untuk mencapai 1.3 juta pelanggan jalur lebar menjelang akhir tahun ini.

Namun angka tersebut dapat dicapai jika pembekal-pembekal perkhidmatan komunikasi mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar pada harga kompetitif dan kelajuan lebih tinggi.

Sebenarnya pelanggan tidak memerlukan kelajuan yang tinggi untuk menggunakan perkhidmatan jalur lebar cukup dengan minimum dua megabait setiap pengguna dan itu adalah berpatutan ketika ini.

Berbalik kepada kegagalan penyedia perkhidmatan menyediakan kemudahan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia, sebenarnya ia tidak boleh dipikul dan bergantung kepada Telekom Malaysia untuk sambungan akhir di seluruh pelosok negara.

Kerana mahu mengurangkan beban yang ditanggung oleh Telekom itulah maka kerajaan memutuskan untuk mengeluarkan lesen penyedia perkhidmatan kepada pihak ketiga tetapi apa yang diterima ketika ini amat mendukacitakan.

Malah Keng Yaik pernah membayangkan bahawa jika syarikat yang dianugerahkan lesen penyedia sambungan akhir gagal membawa misi kerajaan maka perancangan yang uar-uarkan selama ini akan terbantut.

Tegasnya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemegang lesen yang gagal mematuhi syarat kerana telah terbukti pemegang lesen gagal membantu usaha dan perancangan kementerian selama ini.

Berita daripada : http://www.utusan.com.my/

Wikipedia founders open community content site

Wednesday, December 13th, 2006

Wikia Inc, the commercial arm of the nonprofit organization that runs Wikipedia, announced yesterday the opening of a new free service for hosting any community-sponsored content, such as blogs, social networking or other Web 2.0-like content that promotes interaction.
The new hosted site is called OpenServing.

And here’s the fun part: it’s all free. The only condition is that software or content providers cannot charge for their software or service. But they will be allowed to run ads, and better yet, keep the revenue. Wikia immodestly termed it “the mother of all freebies.”

Of course, OpenServing is hardly the only site where users can post software. But coming out of the Wikia organization, it could become one of the more visible.

Wikia is only asking one favor. “We don’t want to sound too Web 1.0, but we’re asking people to bring relevant links back to our ad supported site,” said Wikia founder and chairman Jimmy Wales.

The new service is a close relation of Wikia, the for-profit site that invites community interaction over pop culture. Whereas Wikia keeps the money from its own ads, OpenServing provides a platform for providers to have their own social applications hosted.

For starters, Wikia purchased ArmchairGM.com, a sports blogging site, which it hosts on OpenServing to provide an idea of the types of community interactive packages that could be hosted on the site.

According to Wales, the organization wants to reach out to software developers to host their applications. However, Wikia for now does not plan to offer an SDK because its core technology is the LAMP stack, which is freely available via open source anyway.

Wales said that the business model for the site would evolve. Excluding the requirements that the hosted software be free to use and be community oriented, Wales did not yet have any criteria as to what would or would not get hosted on the site.

Obviously there is potential for abuse. But Wales believes that, as the site grows more visible, that the community will keep it clean. Wales recounted that on Wikipedia, problems with vandalism were worse in the early days. “The more open we are, the less trouble we have,” he said, adding, “As the community has grown, we’ve had better tools to deal with it vandalism.”

Wales claimed that recent media reports of Wikipedia locking down its pages to cope with growing vandalism had the story backwards. In actuality, said Wales, pages were originally locked from page editing until vetted by the community. Now they are only “semi locked,” in that you can make changes that are date and time stamped with your IP address.

Wales added that Wikipedia is actually working on new mechanisms to let new users whose accounts are less than four days old to edit pages in a protected sandbox.

news from : http://www.cbronline.com/

Women warm to computer games console with a twist

Monday, December 11th, 2006

MAXINE Brooks confesses she never normally plays computer games, professing to find them “boring”.

But after yesterday’s launch of Nintendo’s Wii console, the 25-year-old beauty therapist is reconsidering her view of virtual games - an entertainment form traditionally designed for and played by young men.
Advert for The Scotsman Digital Archive

In front of a wide screen, Maxine, from Stockbridge, in Edinburgh spent several minutes pummelling a virtual opponent using a wireless wand in her hand.

“You could work up a sweat doing this”, she said. “I would normally feel guilty lazing about just sitting there playing a computer game.”

Maxine got her first taste of Wii - the name is Japanese for “everybody” - in the Gamestation store in Princes Street, as the much-hyped console went on sale in the UK.

She is typical of the kind of customer the Japanese games giant wants to attract. Nintendo has purposefully designed the game to be tactile, spatial and social - qualities it believes will appeal to women. It has advertised the Wii across women’s titles including Prima, Glamour, New Woman, Closer and Heat as a communal fun activity - a world away, it suggests, from the closeted world of the PlayStation or Xbox fanatic.

The games it comes with - tennis, baseball, golf, bowling and boxing - involve standing and moving rather than the classic couch-potato position.

Rob Lowe, Nintendo’s UK product manager for home consoles, said: “The large majority of women don’t play games at the moment, so we designed the controller so anyone can pick it up and play it; they don’t have to learn 12 different button combinations and spend ten hours trying to immerse themselves in the game. We think women will play the Wii for shorter bursts of time and feel they have exercised a bit.”

Keen gamer Teri Krueger has both the rival PlayStation and Xbox consoles at her Edinburgh home. The 18-year-old, who also has a vintage 1999 Gameboy Colour console, spends three hours a night on various games. Teri, from Edinburgh, went several rounds in the digital boxing ring and thought the Wii format might appeal even to those reared on stationary consoles. “It is more social and you don’t sit there by yourself,” she said.

Caron Stoker, a mother of two from central Edinburgh, confessed she had no interest in computer games - although she bought them for her sons, aged ten and 13. However, several strikes in the cyber bowling alley and she was warming to the idea.

Scots psychologist Dr Andrina McCormack said: “Nintendo are probably right in trying to target women with a game that is active, because women tend to do more practical things.”

However, she added: ” The idea of making this game ‘woman-friendly’ by making the controls more simple is a bit insulting.”
Machines sell out in 12 hours

NINTENDO said 50,000 Wii consoles had been sold in the UK within 12 hours of the midnight launch on Thursday.

However, 1,200 of those appeared on eBay as speculators sought to cash in after retailers sold out of their pre-ordered stock.

Nintendo is promising further shipments to the UK before Christmas but will not say how many of the games machines will be delivered.

As a result, consoles were being marked up on the auction website by at least twice the £180 asking price.

The auction website saw similar trading last year when Microsoft’s Xbox 360 went on sale as parents were leaned on by their children to provide the must-have gaming item.

Richard Ambrose, a spokesman for eBay,said: “We expect the trading of Nintendo Wii to be fast and furious in the coming weeks.”

news from : http://news.scotsman.com/scitech.cfm?id=1828952006