iPhone tanpa papan kekunci
APPLE Inc (Apple), dijangka memperkenalkan telefon selular iPhone ke pasaran Amerika Syarikat penghujung bulan ini, berdasarkan iklan yang disiarkan di saluran televisyen komersil dan laman web syarikat.
iPhone keluaran Apple itu adalah hasil gabungan antara telefon selular, pemain media dan mampu melayari Internet dijangka dijual pada harga AS$499 dan AS$599, mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Ia akan dipasarkan secara eksklusif di Amerika Syarikat oleh bahagian perniagaan tanpa wayar AT&T Inc, Cingular.
Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs melancarkan iPhone di pameran MacWorld yang berlangsung di San Francisco, Januari lalu. iPhone memiliki skrin yang boleh disentuh untuk tujuan memasukkan data dan tidak menggunakan papan kekunci.