Kongsi khidmat jalur lebar di rumah

TM Research & Development (TM R&D) akan memperkenalkan kelengkapan yang dapat membantu mempertingkatkan perkongsian rangkaian jalur lebar pengguna untuk lebih daripada satu komputer dengan berkesan yang dikenali sebagai ADSL ‘Homeplug’

Menerusi produk itu juga, segmen perniagaan kecil dan sederhana dapat menawarkan pengguna dengan penyelesaian yang lebih komprehensif, di samping membantu meningkatkan pasaran rangkaian kediaman yang menggunakan kuasa tenaga elektrik.


ADSL Homeplug itu dilengkapi paket penyiasatan Firewall dan mampu menyokong pilihan keselamatan lengkap bagi menangani serangan penggodam.

Produk tambah nilai yang dijangka berada di pasaran Ogos ini ditawarkan pada harga pasaran antara RM240 sehingga RM360 satu set.

Dipetik daripada : http://www.bharian.com.my/

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.