Gangguan Internet 2 minggu lagi
Thursday, January 4th, 2007KUALA LUMPUR 3 Jan. – Gara-gara perkhidmatan Internet hanya akan pulih sepenuhnya dalam masa dua minggu lagi, para peniaga Malaysia terpaksa menggunakan cara lama untuk urus niaga antarabangsa iaitu, telefon.
Kos naik secara mendadak kerana peniaga terpaksa menggunakan telefon yang lebih mahal untuk berhubung akibat kelembapan capaian Internet ekoran gangguan itu.
Yang Dipertua Majlis Perdagangan Malaysia Kuala Lumpur (KLMCC), Datuk Syed Amin Al-Jeffri berkata, para peniaga ini yang mempunyai rangkaian antarabangsa terbeban kerana tidak dapat menggunakan e-mel yang lebih murah untuk berhubung dengan pelanggan dan rakan kongsi.