Microsoft lancar versi baru
November 1st, 2006MICROSOFT Corp (Microsoft) akan memperkenalkan versi baru sistem operasinya (OS) yang menggabungkan Windows Vista, Microsoft Office 2007 dan Microsoft Exchange Server 2007 sebagai sebahagian janjinya dalam membantu melengkapi syarikat perniagaan dengan ciri sentiasa bersedia (people-ready).
Pelancaran Office 2007, Windows Vista dan Exchange Server 2007 atau LOVE, dijangka merevolusi seluruh pengalaman pengkomputeran di sektor perniagaan. Tiga produk itu yang membentuk satu platform hebat di jangka diperkenalkan Januari tahun depan.
